Bacalah Walau Sedetik

Hazrat Abdullah bin Qais Al Khuza’i r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa berdiri dengan penuh perasaan riak dan sum’ah (suka dipuji-puji), dia sentiasa di dalam kemurkaan Allah SWT sehingga dia duduk (dan meninggalkan niatnya itu). (Tafsir Ibnu Kathir)

Random Hadith Widget

Wednesday, April 20, 2011

GULAI TEMPOYAK TENGGIRI BERSAMA PEGAGA

Gulai Tempoyak Tenggiri Bersama Pegaga


Serbuk santan segera
Bahan-bahan:
5 keping isi ikan tenggiri yang telah dipotong
1 biji bawang besar/ 6 ulas bawang merah -ditumbuk / blender
(ummi lebih suka guna bawang merah yang besar sebab jimat masa tak payah nak kupas bawang banyak kali. Lagi pun lebih murah, jimat belanja)
1 inci kunyit hidup ditumbuk/blender
2 sudu besar tempoyak
5 biji cili padi, dipotong serong (kalau nak pedas ditumbuk/blender)
1 biji kelapa diambil santannya/1 paket santan segera 50gm.
Pegaga gajah
Garam & gula secukup rasa
sedikit perasa


Cara membuatnya:
1. Masukkan santan, bawang, kunyit, tempoyak kedalam periuk.
2. Masak & kacau sehingga mendidih.
3. Masukkan ikan tenggiri, gula, garam & perasa. Kacau sehingga ikan masak.
4. Masukkan pegaga & cili padi, kacau selama 2 minit.
5. Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...