Bacalah Walau Sedetik

Dari Uqbah bin 'Amr r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang berwudhu' dengan sempurna kemudian menuju ke masjid dan duduk menunggu untuk bersolat maka malaikat yang mencatit kebaikan akan datang mencatit dimana setiap langkah dia berjalan diganjari dengan sepuluh kebaikan. Orang yang duduk menunggu solat adalah seumpama orang yang beribadat. Semenjak dia keluar daripada rumahnya sehinggalah dia kembali adalah dikira sebagai orang yang sibuk bersolat. (Musnad Ahmad)

Random Hadith Widget

Tuesday, April 19, 2011

ROTI SARDIN BAKAR


Roti Sardin Bakar



Bahan-bahan:
Beberapa keping roti gardenia (dipotong 2)
Sedikit Marjerin untuk membakar roti




Roti Gardenia Dipotong Dua


Bahan Untuk Salut:
2 biji telur ayam
1 sudu besar tepung gandum
1/2 teh soda bikarbonat
Garam secukup rasa
Air secukupnya


Cara membuatnya:
* Campurkan semuanya, bancuh sehingga likat (seperti bancuhan untuk goreng pisang)




Inti Sardin
Bahan Untuk Inti Sardin
1 tin kecil ikan sardin (kuah sardin dibuang, ikannya dihancurkan)
1 biji cili merah besar (dicincang)
1 biji bawang besar (dicincang)
2 sudu besar mayonis
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit perasa


Cara membuatnya:
1. Tumis bawang besar sehingga naik bau/kuning.
2. Masukkan sardin, cili besar, garam, gula & perasa.
3. Kacau sehingga sebati.
4. Tutup api masukkan mayonis.




Roti Sardin Dibakar Atas Fry Pan
Cara Membuat Roti Sardin Bakar:
1. Panaskan fry pan, sapukan sedikit marjerin (Guna api yang perlahan).
2. Sapukan inti sardin keatas roti (macam nak buat sandwich)
3. Lipat 2 roti, celupkan kedalam bahan salut.
4. Bakar atas fry pan (macam bakar roti canai.
5. Balikkan apabila kekuningan.
6. Sedia untuk dihidang.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...