Bacalah Walau Sedetik

Dari Amr bin ‘Auf r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Demi Allah! Bukanlah kemiskinan itu yang aku khuatirkan terhadap kamu, tetapi yang aku khuatirkan kepada kamu ialah dunia dilapangkan kepada kamu, sepertimana ia telah dilapangkan kepada orang-orang sebelum kamu, kemudian kamu akan berlumba-lumba untuk mendapatkannya sepertimana orang-orang sebelum kamu berlumba-lumba untuk mendapatkannya. Lalu dunia akan melalaikan kamu sepertimana ia telah melalaikan mereka. (HR Bukhari)

Random Hadith Widget

Sunday, January 5, 2014

MEE KUNGFU

 
Mee Kungfu


Mee Kungfu

Caranya :
500gm mee kuning
4 biji telur gred A @ 5 biji gred B
1/3 sudu teh Knorr cukup rasa
Minyak untuk menggoreng (Ummi guna minyak Neu Vida )


       

Caranya:
1. Gaul semua bahan diatas.
2. Panaskan minyak dalam fry pan, Goreng mee diatas anggaran untuk seorang makan. Goreng hingga kekuningan kedua belah permukaan. Buat sampai habis. (Ummi dapat 8 keping)




Kuah Mee Kungfu

Bahannya :
7 ulas bawang putih diketuk
150gm isi ayam dipotong kecil

10 ekor udang dibuang kulit
3 ekor sotong dipotong bulat
2 sudu makan tepung jagung dibancuh dengan 1/2 cawan air suam
4 cawan air
3 sudu makan sos tiram
1 sudu teh serbuk lada sulah
5 batang baby corn dipotong memanjang
5 tangkai cili padi diketuk
carrot dipotong panjang & halus
hirisan brokoli
hirisan kobis bunga
garam secukup rasa
molassses brown sugar secukup rasa
sedikit bahan perasa, Ummi guna knorr cukup rasa
minyak untuk menumis (Ummi guna minyak bunga matahari Neu Vida)

            
Caranya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau & keperangan.
2. Masukkan ayam, kacau hingga masak.
3. Masukkan udang & sotong, kacau hingga masak.
4. Masukkan air, garam, gula, sos tiram & perasa, biarkan hingga mendidih
5. Masukkan semua sayur,  cili padi, lada sulah & bancuhan tepung jagung. Kacau selama 2  minit & angkat.
6. Tuangkan kuah ke atas mee kungfu. Hiaskan dengan hirisan daun sup, daun bawang, bawang goreng & hirisan limau nipis. Sedia untuk dihidang.








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...