Bacalah Walau Sedetik

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa berpegang dengan sunnah-sunnahku ketika dizaman rosaknya ummatku baginya adalah ganjaran syahid (di jalan Allah). (HR Tabrani)

Random Hadith Widget

Sunday, January 5, 2014

BROWNIES WALNUT MARBLE CHEESE CAKE



Brownies Walnut Marble Cheese Cake


Lapisan Brownies (untuk Kek 1.3kg)

Bahannya:
250gm mentega
1 cawan serbuk koko
3/4 cawan gula castor
1/2 cawan susu cair/ fresh milk
1 /2 cawan walnut, dicincang & digoreng tanpa minyak
2 sudu makan susu pekat manis
3 biji telur gred B
1+3/4 cawan tepung kek diayak
1 sudu kecil serbuk soda bikarbonat diayak

Caranya:
1. Cairkan mentega, masukkan serbuk koko, kacau hingga sebati
2. Pukul telur bersama gula castor hingga sebati.
3. Masukkan susu cair, susu pekat manis & cairan serbuk koko bersama mentega. Kacau hingga sebati.
4. Masukkan tepung gandum bersama soda bikarbonat. Kacau hingga sebati.
5. Sebelum masukkan walnut,  ambik 2+1/2 sudu makan adunan diletakkan dalam piping beg. (untuk dilorek diatas cheese)
6. Masukkan walnut, kacau hingga sebati.
7. Bakar dalam acuan 9x9x3 inci dengan suhu 170°C selama 20minit.



 



Lapisan Marble Cheese

Bahannya :
250gm cream cheese ( tatura cream cheese)
3 /4 cawan gula castor
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur gred B
1 sudu tepung gandum
25ml air

Caranya :
1. Putar cream cheese hingga gebu
2. Masukkan gula & telur, pukul hingga gebu
3. Masukkan air & tepung gandum, Kacau hingga sebati.
4. Tuangkan adunan ke atas lapisan brownies,
5. Paipkan adunan Brownies, lorek dengan menggunakan lidi satay.
6. Bakar selama 17minit dengan suhu 170°C. (ikut oven masing-masing)
7. Sejukkan sebelum dipotong. Kalau boleh simpan dalam peti ais selama 2 hingga 4 jam untuk mendapat potongan yang cantik.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...