Bacalah Walau Sedetik

Dari Abdullah bin Umar r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Jika seseorang hamba bercakap bohong, maka kerana kebusukan bercakap bohong itu malaikat akan menjauhinya satu batu. (HR Tirmizi)

Random Hadith Widget

Thursday, June 27, 2013

UDANG GORENG DAUN KETUMBAR

Udang Goreng Daun Ketumbar


Bahan-bahanya:

15 ekor udang dibuang kulit  & dibelah belakang
1/2 biji bawang besar dihiris
1 rumpun daun ketumbar dihiris halus
3 ulas bawang putih dicincang halus
1 sudu teh air perahan limau nipis
3 sudu makan kicap cair
4 biji cili padi dihiris
garam & gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menggoreng (anggaran 4 sudu makan)

          

Cara Membuatnya:

1. Perap udang dengan daun ketumbar, bawang putih, Jus limau nipis & kicap cair  selama 15minit.
2. Panaskan minyak, masukkan perapan udang diatas. Kacau sehingga udang masak (bertukar warna kemerahan.
3. Masukkan hirisan cili padi, bawang besar, tambahkan garam, gula & perasa. Kacau hingga sebati & angkat.


          



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...