Bacalah Walau Sedetik

Dari Abi Musa al-Asya’ri r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Satu ketika berdiri di hadapan kami memberi lima rangkai kalimat. Maka sabdanya: Sesungguhnya Allah SWT tidak tidur. Dan tidak selayaknya bagi Allah SWT itu tidur. Mengurangi dan menambahkan rezeki. Mengangkat amalan malam sebelum amalan siang. Dan mengangkat amalan siang sebelum amalan malam. Hijabnya daripada nur, jika ia dibuka nescaya sejauh mana makhluk yang dapat dilihat akan terbakar kerananya. (HR Muslim)

Random Hadith Widget

Friday, June 21, 2013

NASI AROMA PANDAN SAMBAL BILIS MAEPRANOM

 
Nasi Aroma Pandan Sambal Bilis Maepranom

NASI AROMA PANDAN

Bahan-bahannya:
4 pot beras siam dicuci bersih
2 helai daun pandan disimpul
1 sudu teh garam
1 biji bawang besar dimayang halus
4 keping hirisan halia
Air secukupnya


Cara Memasak:
1. Campurkan semua bahan diatas, masak dengan menggunakan rice cooker seperti biasa.


         


         


SAMBAL BILIS


Bahan-bahannya:
3 biji bawang besar dikisar
1 ulas bawang putih dikisar
3 keping hirisan halia dikisar
1 keping asam keping

2 keping hirisan lengkuas dikisar
2 sudu makan pes cili maepranom
1 cawan ikan bilis dibasuh bersih & ditoskan

gula melaka secukupnya
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
sedikit bahan perasa
sedikit air jika perlu (1/4 cawan)

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau dan rempah masak.
2. Masukkan pes cili maeparanom, kacau hingga sebati
3. Masukkan air, garam, gula melaka, asam keping & perasa, kacau hingga sebati.
4. Masukkan ikan bilis, kacau hingga pekat.
5. Angkat, hidangkan bersama nasi aroma pandan bersama bahan sampingan yang lain seperti telur rebus & timun. Siap untuk dihidang.


         



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...