Pokok Kaduk
Nama Saintifik: Piper Sarmentosum
Nama Botani : Piper Sarmentosum Roxb
Nama Lain: Karuk, Wild Pepper Leaf, Sirih Tanah, Kado-kado, Gofu Tofere, Betel Leaf (English)
Nama Lain: Karuk, Wild Pepper Leaf, Sirih Tanah, Kado-kado, Gofu Tofere, Betel Leaf (English)
Famili : Piperaceae
Genus: Piper
Negara Asal: Malaysia, Borneo & Indonesia
Khasiat :
1. Melawaskan kencing - Rebus pokok kaduk bersama akarnya & diminum.
2. Merawat Demam Malaria- rebus daun kaduk & diminum air rebusannya.
3. Melegakan selsema, sakit pinggang, sakit gigi & sengal tulang, sembelit- minum air rebusan daun kaduk & akarnya.
4. Cacing Dalam Perut-Mandi dengan air ramasan daun kaduk
5. Melegakan batuk-Sapu bahagian leher dengan daun kaduk yang dikisar halus bersama sedikit air
6. Panau- Sapu bahagian yang ditumbuhi panau dengan daun kaduk yang ditumbuk lumat.
7. Sebagai bahan dalam masakan, ulam, kerabu, urap, masak gulai ikan darat, dsb.
Penerangan : Sejenis pokok herba renek yang tumbuh liar menjalar, hidup ditempat yang redup & lembap . Daunnya berwarna hijau & bentuknya menyerupai seakan-akan pokok sirih, mempunyai aroma yang kuat. Cara pembiakannya ialah melalui anak benih & keratan batang.
salam...
ReplyDeletelawatan pagi isnin di sini cari info