Bacalah Walau Sedetik

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menjalin silaturrahmi yakni berbuat baik kepada saudara-mara dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata yang baik atau pun diam. (HR Bukhari)

Random Hadith Widget

Saturday, February 18, 2012

BIHUN GORENG DAGING

Bihun Goreng Daging

Bahan-bahannya:
200gm bihun kering direndam dengan air sehingga lembut (kalau nak cepat guna air panas)
100gm daging dipotong nipis & kecil
1+1/2 biji bawang besar holland dikisar
4 ulas bawang putih diketuk
1 sudu makan cili boh
1 sudu makan tomato puree
1/2 cawan air
hirisan kobis
garam & gula secukup rasa
minyak untuk menumis
sedikit perasa

Bahan hiasan:
keropok keping ikan digoreng
lada merah dibuang biji & dihiris halus
daun bawang dicarik
bawang goreng
daun salad
daun pasley
sos cili

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan bawang besar kisar, kacau hingga masak.
2. Masukkan cili boh, tomato puree, kacau hingga naik minyak.
3. Masukkan daging & air, kacau sekejap, tutup dengan tudung periuk supaya daging cepat masak, biarkan sehingga air kering.
4. Masukkan garam, gula & perasa, kacau hingga sebati.
5. Masukkan bihun & kobis, kacau hingga bihun lembut & sebati dengan rencah. (kalau bihun masih keras, tambah sedikit air).
6. Angkat, hiaskan dan sedia untuk dihidang.


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...