Bacalah Walau Sedetik

Dari Jabir r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Diantara kamu orang yang paling aku cintai dan orang yang paling hampir kepadaku pada hari Kiamat ialah orang yang baik akhlaknya. (HR Tirmizi)

Random Hadith Widget

Wednesday, January 18, 2012

IKAN KEMBONG MASAK KARI UTARA

Ikan Kembong Masak Kari Utara

Bahan-bahannya:
5 ekor ikan kembong dipotong 2
1 biji santan kelapa (600ml air)
2 biji lada hijau dibelah 2
2 sudu besar serbuk kari ikan (dibancuh dengan sedikit air)
1 sudu teh halba campur
1 sudu besar cili boh
1 biji bawang besar holland dibelah 6
1 biji tomato dibelah 6
2 biji bawang merah besar dikisar
1 ulas bawang putih dikisar
1 keping asam keping
1.5cm  halia dikisar
Minyak untuk menumis
Sedikit bahan perasa
Garam & gula secukupnya

       
                                 Ikan Kembong                                                     Halba Campur

Cara Memasak:
1. Panaskan Minyak, tumis halba campur bersama bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan cili boh & serbuk kari ikan, kacau hingga rempah masak.
3. Masukkan santan,asam keping, garam, gula & sedikit bahan perasa, kacau hingga mendidih.
4. Masukkan ikan & bahan-bahan selebihnya.
5. Kacau sehingga mendidih sekali lagi.
6. Angkat & sedia untuk dihidang

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...