Bacalah Walau Sedetik

Dari Samurah ibn Jundab r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Di antara mereka (ahli neraka) di makan oleh api hingga sampai ke buku lalinya dan di antara mereka ada yang dimakan oleh api hingga sampai ke lututnya. Dan di antara mereka ada yang dimakan oleh api hingga sampai ke pinggang mereka dan sebahagian dari mereka ada yang dimakan oleh api sampai ke tulang dadanya. (HR Muslim)

Random Hadith Widget

Thursday, December 15, 2011

TUMIS AIR BAYAM BERSAMA UDANG


Tumis Air Bayam Bersama Udang

Bahan-bahannya:
10 ekor udang, dibuang ekor & kepala
1 ikat sayur bayam dipotong kecil
1 biji tomato dibelah 8
1/2 biji bawang besar dimayang halus
3 ulas bawang putih dicincang halus
Garam & gula secukup rasa
Sedikit bahan perasa
Minyak untuk menumis
Air secukupnya


Cara Memasak:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih & bawang besar hingga naik bau
2. Masukkan udang, kacau hingga warna kulitnya bertukar kemerahan.
3. Masukkan air, garam, gula & perasa, biarkan hingga mendidih.
4. Masukkan bayam & tomato, kacau selama 2 minit.
5. Angkat & siap untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...