Bacalah Walau Sedetik

Dari Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah orang yang berkumpul untuk berzikir kepada Allah Azza wa Jalla dengan tiada keinginan lain daripada mencari keredhaanNya, kecuali bahawa (pada akhir majlis itu) seorang malaikat mengumumkan dari langit (dengan perintah Allah): Bangunlah orang-orang yang patut mendapat keampunan, kerana sesungguhnya dosa-dosamu telah diganti dengan kebaikan. (HR Musnad Ahmad, Tabrani, Abu Ya’la, Bazzar dan Majma uz Zawaid)

Random Hadith Widget

Tuesday, December 6, 2011

LALA GORENG TOMATO

Lala Goreng Tomato


Bahan-bahannya:
1 kg Lala dibasuh bersih & ditoskan
1 biji bawang besar holand dimayang/dicincang halus
2 biji tomato dihiris dadu
2 sudu makan cili boh/giling
2 sudu makan sos tomato
2 biji cili hijau dihiris
3/4 cawan air
1 sudu makan tepung jagung
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Sedikit bahan perasa


Cara memasak:
1. Panaskan minyak, tumis bawang & tomato sampai naik bau.
2. Masukkan cili boh & sos cili kacau hingga masak.
3. Masukkan garam, gula & perasa, kacau hingga sebati.
4. Masukkan Lala, air & tepung jagung, kacau hingga masak.
5. Angkat & taburkan cili hijau diatasnya. Sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...