Bacalah Walau Sedetik

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Iman itu lebih daripada 70 cabang, yang terbaik daripadanya ialah mengucapkan La ilaha illallah (Tiada tuhan yang patut disembah kecuali Allah SWT) dan yang paling rendah ialah membuang sesuatu yang menyakiti di tengah jalan, dan malu itu satu cabang daripada iman. (HR Muslim)

Random Hadith Widget

Sunday, May 8, 2011

DAGING GORENG BUNGA KANTAN

Daging Goreng Bunga Kantan


Bahan-bahannya:
400gm daging dihiris nipis
1.5 inci kunyit ditumbuk/dikisar
4 ulas bawang putih ditumbuk/dikisar
1 biji bawang besar dimayang
2 biji lada merah dihiris
1 biji tomato dibelah 8
1 batang bunga kantan dihiris menyerong
Garam & perasa secukupnya.
Minyak untuk menggoreng
Sedikit air


Cara membuatnya:
1. Gaulkan daging yang telah dihiris bersama kunyit, bawang putih, garam & perasa, perap selama 30 minit (kalau suka).
2. Panaskan minyak, masukkan daging yang telah diperap bersama tomato. Kacau sekejap, masukkan sedikit air & tutup dengan tudung periuk.
3. Apabila dah kering airnya, masukkan bawang besar, bunga kantan & lada merah. Kacau sehingga bawang merah & bunga kantan layu.
4. Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...