Bacalah Walau Sedetik

Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa mencintai seseorang kerana Allah, dan membenci kerana Allah SWT, memberi kerana Allah SWT dan menarik pemberian juga kerana Allah SWT, maka sesungguhnya dia telah menyempurnakan imannya. (HR Abu Daud)

Random Hadith Widget

Thursday, December 19, 2013

PANCAKE BUTTER MILK

 
Pancake Butter Milk

Bahannya :
2 cawan tepung gandum diayak
2 sudu teh baking powder diayak
1 sudu teh serbuk soda bikarbonat diayak
175gm butter dicairkan
2 sudu makan gula perang
1 sudu teh garam
1 cawan susu (Ummi guna dutch lady low fat)
1 cawan butter milk ( susu + 2 sudu makan cuka makan)
1 biji telur pukul

           
Caranya:
1. Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat & serbuk penaik ( baking powder)
2. Satukan semua cecair (  butter milk, susu, butter cair, & telur.
3. Masukkan garam  & gula. Kacau hingga larut.
4. Campurkan larutan diatas bersama bahan ayak (gandum + soda bikarbonat + baking powder). Kacau hingga sebati.
5. Panaskan frypan,  sendukkan  mengikut saiz yang dikehendaki.
6. Bila terdapat lubang-lubang kecil di  permukaan bolehlah dibalikkan supaya masak di kedua-dua belah  permukaan sehingga keperangan.
7. Angkat, buatkan sehingga habis bancuhan. Sedap dimakan bersama madu@ susu pekat@ jem,  buah-buahan dll.

 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...