Bacalah Walau Sedetik

Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah ditanya: Siapakah di antara orang beriman yang paling sempurna imannya? Baginda SAW telah bersabda: Di antara orang beriman yang paling sempurna imannya ialah dia yang berjihad di jalan Allah SWT dengan diri dan hartanya. Kedua dia yang tinggal di satu lembah menyembah Allah SWT dan dia menyelamatkan orang ramai dari kejahatannya. (HR Abu Daud)

Random Hadith Widget

Monday, July 1, 2013

SUP TULANG RUSUK SERAI

 
Sup Tulang Rusuk Serai


Bahan-bahannya:
500gm tulang rusuk segar
8 cawan air @ secukupnya untuk merebus
1 batang serai diketuk
1 biji bawang besar holland dimayang halus
4 ulas bawang putih diketuk
4 keping hirisan halia
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
1/2 batang carrot dipotong nipis
1 keping asam keping
1 bunjut rempah sup
sedikit serbuk lada hitam
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa
minyak untuk menumis

          

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang besar, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga & bunga cengkih hingga naik bau.
2. Masukkan semua bahan yang lain kecuali carrot. Masak selama 1 jam @ sehingga empuk.
3. Masukkan carrot untuk 10 minit sebelum angkat.
4. Angkat, hiaskan dengan bawang goreng, daun ketumbar, hirisan cili padi & limu nipis. Sedia untuk dihidang.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...