Bacalah Walau Sedetik

Dari Ibn Abbas r.huma meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Empat perkara barangsiapa mendapatinya sesungguhnya dia telah mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat. Hati yang sentiasa bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, badan yang sentiasa bersabar dalam menangung kesusahan, isteri yang sentiasa menjaga dari khianat pada dirinya dan pada harta suaminya. (HR Tabrani)

Random Hadith Widget

Friday, January 28, 2011

NASI CARROT BERKISMIS AYAM MADU

Hidangan Nasi Carrot bersama Ayam Madu & sambal halia bawang putih
Nasi Carrot berkismis
Carrot yang telah diparut


NASI CARROT


Bahan untuk nasi:


7 pot sukatan beras (dibasuh & ditoskan)
Air rebusan ayam secukupnya (ayam direbus dengan halia + bawang putih)
1 btg Carrot diparut halus
1 biji bawang besar holland dimayang
3 sudu makan kismis
3 sudu makan marjerin/planta untuk menumis
1 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
2 kiub ayam


Cara memasak nasi (guna periuk elektrik):


1. Tumis bawang, bunga lawang, buah pelaga & kulit kayu manis hingga naik bau (tumis atas dapur gas)
2. Masukkan air rebusan ayam dan kiub pati ayam.
3. Masukkan beras, pastikan paras air mencukupi.
4. Masukkan carrot & kismis.
5. Pindahkan periuk kedalam bekas periuk elektrik, tekan suis sehingga masak.
6. Apabila dah masak kacau nasi dengan sudip supaya carrot & kismis serata.
7. Sedia untuk dihidang bersama ayam madu + sup ayam + sambal halia + kicap lemak manis (Jalen/...)


Hiasan


Daun Salad
Hirisan tomato
Hirisan timun




AYAM MADU


Bahan untuk ayam madu:


1 ekor ayam yang telah direbus & ditoskan (direbus dengan halia + bawang putih)
6 sudu makan madu
6 sudu makan kicap lemak manis
1 kiub pati ayam/bahan perasa
2 sudu makan sos tiram
sedikit garam


Cara memasak:


1. Ayam rebus diperap dengan semua bahan-bahan diatas selama 1 jam.
2. Goreng selama 5 minit/ sehingga perang.
3. Sedia untuk dihidang.




SAMBAL HALIA BAWANG PUTIH


Bahan-bahan:
5   biji cili besar merah
10 biji cili padi merah
1   helai daun limau purut
1/2 inci halia
2   ulas bawang putih
1 biji limau kasturi (dibelah dua & dibuang biji)
1 biji tomato (dibelah 6)
3 sudu makan sos cili thai (life)
1 kiub pati ayam/perasa
1 sudu teh garam/ secukup rasa
1 sudu makan gula/ secukup rasa


Cara membuatnya:


1. Kisar semua bahan-bahan diatas sehingga halus
2. Sedia untuk dihidang




SUP AYAM


Bahan-bahan:


2 ekor rangka ayam
3 ulas bawang putih diketuk
3 ulas bawang merah dimayang
1 inci halia diketuk
1 bunjut rempah sup
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
1 sudu teh ketumbar dimesin halus
1 sudu teh jintan manis dimesin halus
1 sudu teh jintan putih dimesin halus
1 sudu teh lada hitam dimesin halus
1 keping asam gelugor
Air secukupnya
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
gula secukup rasa
sedikit perasa


Hiasan:


bawang goreng
daun bawang
daun sup


Cara memasak:


1. Tumis bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis & bawang merah. Tumis sehingga rempah masak.
3. Masukkan air secukupnya.
4. Masukkan semua bahan-bahan lain selebihnya.
5. Masak sehingga mendidih.
6. Hiaskan dengan bawang goreng, daun sup & daun bawang di atasnya.
7. Sedia untuk dihidang bersama Nasi Carrot Ayam Madu......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...