Sweet Sour Bawal Bersama Oren Navel
Bahannya:
1 ekor ikan bawal, dicelup telur yang dipukul dengan sedikit garam & serbuk lada hitam & digoreng garing, ketepikan.
1 biji bawang besar holland dimayang halus
3 ulas bawang putih diketuk
2 keping hirisan halia dihiris halus
1 biji oren Navel dikupas kulit & dipotong kiub
1 biji oren, dipotong sebagai hiasan didalam pinggan
1/ 3 batang timun dibuang pulur diambil bahagian keras sahaja & dipotong panjang
1/3 batang carrot dipotong panjang
1/2 biji lada benggala merah dipotong panjang
3 helai daun limau purut dihiris kasar
2 sudu makan sos ikan
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan pes cili maepranom
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa
minyak untuk menggoreng & menumis
Caranya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang besar & halia hingga layu.
2. Masukkan pes cili, sos ikan, sos tomato, garam, gula & perasa. Kacau hingga sebati.
3. Masukkan timun, isi oren, carrot, lada benggala & daun limau purut. Kacau sekejap & angkat,
4. Curahkan diatas ikan bawal. Sedia untuk dihidang,