Bacalah Walau Sedetik

Dari Abu Hurairah r.a bahawa aku mendengar Rasulullah SAW telah bersabda: Perumpamaan orang yang keluar dijalan Allah SWT – dan Allahlah yang lebih mengetahui siapa yang berjihad dijalanNya – (untuk mendapatkan redhaNya) perumpamaannya adalah seperti dia yang berpuasa, beribadat pada waktu malam, tunduk dihadapan Allah SWT kerana takutkanNya, serta melakukan ruku’ dan sujud. (HR Nasa’i)

Random Hadith Widget

Sunday, September 15, 2013

LABU KUKUS PANDAN KUAH SANTAN GULA MELAKA

 
Labu Kukus Pandan Kuah Santan Gula Melaka


LABU KUKUS PANDAN


 

Bahan-bahannya:
1/2 biji labu, dibuang kulit, dipotong baji kepada saiz yang kecil
10 - 15 helai daun pandan

Cara Mengukus:
1. Letak & susunkan daun pandan didasar periuk kukus
2. Letakkan labu diatas daun pandan tadi, kukus selama 20-30 minit@ sehingga empuk.



AIR GULA MELAKA


Bahan-bahannya:
2 keping gula melaka
1 cawan air
1 helai daun pandan disimpul


Cara Membuatnya:
1. Satukan semua bahan dalam periuk.
2. Masak hingga gula melaka larut.
3. Siap untuk dihidang bersama Labu kukus.


          


 


KUAH SANTAN


Bahan-bahannya:
3 cawan santan pekat
1 sudu teh garam


Cara Membuatnya:
1. Satukan semua bahan diatas. Masakkan diatas api, sehingga hampir mendidih. Sentiasa kacau supaya tak pecah minyak.
2. Sedia untuk dihidangkan bersama Labu Kukus Pandan





1 comment:

  1. Air gula melaka bila digunakan pada labu.Gambar hidangan tak nampak pun air gula melaka..tapi labu mcm direndam kedlm gula melaka sebelum kukus.minta pencerahan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...