Pages

Monday, February 13, 2012

NASI GORENG CENDAWAN SHINTAGE KERING

Nasi Goreng Cendawan Shintage Kering


Bahan-bahannya:
1 pinggan penuh nasi putih sejuk
1/2 cawan cendawan shintage kering direndam dengan air panas
1/2 cawan daging dihiris halus & nipis
1 sudu makan tomato puree
1 sudu makan cili boh
1/2 biji bawang besar holland dimayang halus
Garam & gula secukup rasa
Sedikit bahan perasa
1/4 cawan air
Minyak untuk menumis


Bahan-bahan hiasan:
Hirisan cili padi
Daun bawang
Daun ketumbar/pasley


Cara Membuatnya:
1.Panaskan minyak, tumis bawang hingga naik bau, masukkan cili boh & tomato puree, kacau hingga naik minyak.
2. Masukkan daging & air, kacau sebentar, tutup dengan tudung periuk, renehkan sehingga air kering.
3.Masukkan cendawan, garam, gula & perasa secukup rasa, kacau hingga sebati.
4. Masukkan nasi, kacau hingga semuanya sebati.
5. Angkat & sedia untuk dihidang.

4 comments:

  1. Hey Kak Ummi.. salam kenal dari melly. makasih yah dah singgah di blog melly.sedap nya nasi goreng cendawan.. nyam.. nyam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, sudi merasa...kalau nak makan singgahlah lagi

      Delete
  2. Replies
    1. Terima kasih, selamat berkenalan, jemput makan apa yang ada....

      Delete