Pages

Monday, February 20, 2012

KARIPAP INTI KENTANG & AYAM

Karipap Inti Kentang & Ayam

Pastri/Kulit Karipap

Bahan-bahannya: 
3 cawan tepung gandum
1 sudu makan shortening
2 sudu makan marjerin/planta
1/2 cawan air sejuk dari peti ais
sedikit garam
Minyak untuk menggoreng.

           

                                      
Cara membuatnya:
1. Ramas gandum bersama shortening & planta hingga menjadi seperti serbuk roti.
2. Masukkan air & garam, uli sehingga lembut & kenyal.
3. Jadikan doh kepada 5 bahagian.
4. Canaikan setiap bahagian hingga nipis, terapkan dengan mulut gelas untuk dapatkan bentuk bulat.
5. Canai sekali lagi kepingan bulatan tadi supaya menjadi lebih nipis & lebar.
6. Letakkan inti, tutup & tangkupkan kedua belah hujung.
7. Kelimkan disekelilingnya. Ulang langkah diatas sehingga habis doh & inti.
8. Karipap sedia untuk digoreng/ disimpan didalam freezer.

Cara Simpan Karipap Dalam Freezer:
1. Masukkan Karipap yang belum digoreng kedalam bekas yang bertutup. Susun dalam keadaan baring. 
2. Untuk lapisan kedua, lapiskan dengan plastik dulu sebelum tindan karipap yang seterusnya. Insyaallah tidak melekat, dan mudah untuk diambil kemudian hari.
3. Tutup bekas tupperware yang berisi karipap & simpan dalam bahagian sejuk beku.


Inti Karipap
1 cawan isi ayam yang dicincang
2 cawan kentang dipotong kecil 
1 biji bawang besar dicincang halus
1 sudu makan serbuk kari
Garam & gula secukup rasa
Sedikit perasa
Minyak untuk menumis 

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang hingga naik bau, masukkan serbuk kari, ayam & kentang, kacau hingga ayam masak.
2. Masukkan garam, gula & perasa, kacau hingga sebati.
3. Angkat, biarkan sejuk & sedia untuk disudukan ke atas pastry karipap.




No comments:

Post a Comment