Pages

Monday, January 23, 2012

KUPANG GORENG BERCILI LIMAU PURUT

Kupang Goreng Bercili Limau Purut



Bahan-bahannya: 
1 kg kupang dibersihkan & ditoskan
3 helai daun limau purut dikisar
2 helai daun limau purut dihiris halus
2 biji bawang besar holland dikisar
5 ulas bawang putih ditumbuk/ dikisar kasar
1 biji bawang besar holland dimayang halus
1.5 cm halia dikisar
3 sudu besar cili boh
1 sudu besar tomato puree
Garam & gula secukup rasa
Sedikit bahan perasa
Minyak untuk menumis
Sedikit air


       



Cara Memasak:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan bahan kisar yang lain bersama cili boh & tomato puree. Kacau hingga rempah masak.
3. Perisakan dengan garam, gula & sedikit perasa, kacau hingga sebati.
4. Masukkan kupang & tambahkan sedikit air. Kacau hingga rempah sebati.
5. Perlahankan api, tutup dengan tudung periuk selama 10 minit.
6. Angkat & sedia untuk dihidang.
7. Taburkan daun limau purut yang dihiris halus sebagai hiasan.

No comments:

Post a Comment