Pages

Saturday, February 11, 2012

SAYUR PEDAS CENDAWAN KAMPUNG BERSAMA PUCUK GETI


Sayur Pedas Cendawan Kampung Bersama Pucuk Geti

Bahan-bahannya:
150 gm cendawan kampung
1 cekak pucuk geti, dilurut ambil daunnya sahaja.
1 biji bawang merah besar
1/2 sudu teh biji lada hitam
1/2 cawan isi ikan mentah/ikan bilis
Garam & gula secukup rasa
Sedikit bahan perasa
5 cawan air


        


Cara membuatnya:
1.Tumbuk, lada hitam bersama bawang merah & isi ikan hingga lumat.
2.Masak air bersama bahan tumbuk, kacau hingga mendidih.
3.Masukkan garam, gula, bahan perasa, cendawan & pucuk geti. Kacau selama 2 minit & angkat.
4.Sayur siap untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment