Pages

Friday, January 20, 2012

KARI DAGING KAW


Kari Daging Kaw

Bahan-bahannya:
300gm daging dihiris nipis
2 biji bawang besar holland dikisar halus
1.5cm halia dikisar
1 ulas bawang putih dikisar
4 sudu besar rempah kari daging dibancuh dengan sedikit air
3 ulas bawang merah dimayang
1 keping asam keping
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 biji kentang dipotong 6
700 ml santan dari satu biji kelapa (Ummi guna santan segar beku )
1 karet gula melaka (nissan-bahasa Kelantan)
Garam & gula secukup rasa
Sedikit bahan perasa
Minyak untuk menumis (Ummi guna minyak Matahari+Canola)



Cara Memasak:
1. Panaskan minyak, tumis bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga & bawang merah sehingga naik bau.
2. Masukkan bahan kisar & serbuk kari, kacau sehingga rempah masak.
3. Masukkan daging, kacau sehingga sebati dengan rempah.
4. Masukkan santan, masukkan semua bahan yang lain kecuali kentang, perlahankan api, tutup tudung periuk, renehkan selama 30 minit @ sehingga daging empok & santan pecah minyak. Kacau sekali sekala.
5. Apabila hampir masak masukkan kentang, biarkan selama 10 minit.
6. Angkat & sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment